Seo Services

Aram Ngupi : 'Udah Madah Nyambung Legasi Masih Juak Entingai'


Bukan main lagi ada segelintir kalangan rakyat Sarawak cuba pertikaikan kewibawaan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg memimpin Sarawak.

Masih ada yang mendakwa Abang Johari akan menyimpang daripada apa yang telah diusahakan oleh Allahyarham Tok Nan.

Dalam keadaan sedikit marah rakan membuka bicara ketika bersarapan di kedai kopi. Kopi 'O' panas kurang manis bagaikan air suam beliau hirup.

Bukan apa, beliau memulakan bicara. Sudah berapa kali Abang Johari menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan usaha Tok Nan yang ditinggalkan di samping akan menambah baik mutu pentadbiran.

Kalau bab pembangkang keluar kenyataan fitnah, tanpa merujuk kesahihan terus mempercayai.

Sepatutnya membangkanglah dengan cara lebih berhemah dan berilah kritikan-kritikan yang membina untuk menambahbaik kemajuan negeri. Bukan mengguna pendekatan memfitnah dan menghasut yang kesannya berlaku perbalahan antara satu sama lain serta silap-silap bertelagah sesama keluarga.

Jadi berfikirlah dahulu sebelum menuduh Abang Johari dengan bermacam-macam fitnah sedangkan yang difitnah telah membuat satu kebaikan kepada pemfitnah tanpa disedari.-Sarawakiana
Aram Ngupi : 'Udah Madah Nyambung Legasi Masih Juak Entingai' Aram Ngupi : 'Udah Madah Nyambung Legasi Masih Juak Entingai' Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.