Seo Services

Kubur 4,000 Mayat Ditemui


IRAQ: Sebuah kubur besar dipercayai mengandungi 4,000 mayat anggota keselamatan Iraq yang terkorban di tangan kumpulan militan Daesh, ditemui tidak jauh dari bandar Mosul.

Media Daily Telegraph melaporkan, lubang Khasfa seluas lapan kilometer (km) persegi itu terletak di luar Mosul, kira-kira 400km di utara Baghdad dan dianggap sebagai kubur terbesar di negara bergolak berkenaan.

"Sebahagian besar anggota polis Iraq ditembak dan dibiarkan mengalami kemurungan sehingga meninggal dunia, manakala yang lain terbunuh apabila kenderaan dinaiki diserang.


"Daesh juga membawa mangsa ke Khasfa dengan konvoi bas atau lori sambil tangan diikat dan mata ditutup sebelum ditembak di bahagian kepala," menurut laporan memetik saksi, Mahmoud, sebagai berkata.

Difahamkan, operasi ketenteraan untuk merampas semula bandar strategik Mosul yang dianggap kubu kuat terakhir Daesh kini dalam fasa terakhir. - Press TV
Kubur 4,000 Mayat Ditemui  Kubur 4,000 Mayat Ditemui Reviewed by uMieySurianie on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.