Seo Services

Ditembak Mati Hanya Kerana Telefon Bimbit


GEORGIA (AMERIKA SYARIKAT): Seorang lelaki didakwa menembak mati seorang lelaki hanya kerana bertengkar mengenai telefon bimbit dalam kejadian dirakam kamera keselamatan.

De’Andre Malik Thomas, 20, menyerah diri kepada polis, Jumaat lalu selepas menembak mati Kareem Mano, 25, sehari sebelumnya.

Mano yang mempunyai seorang anak lelaki yang berusia sebulan mati selepas ditembak berulang kali ketika melarikan diri daripada Thomas di luar sebuah kedai runcit di Bloomfield.

Syerif Daerah Bibb, David Davis berkata, dua lelaki itu bertengkar mengenai telefon bimbit yang dipercayai dijual Thomas kepada adik perempuan kepada teman wanita Mano. Akhbar News Tribune melaporkan telefon itu tidak dapat digunakan menyebabkan wanita terbabit mahukan wangnya semula.

Mereka berjumpa di tempat kejadian untuk membincangkan penyelesaian tetapi bertukar menjadi pertengkaran sebelum Mano dilihat mengeluarkan pistol tetapi kemudian menyimpannya semula.

Dua lelaki itu kemudian sekali lagi bertengkar sebelum Thomas pula mengeluarkan pistol dan terus menembak Mano yang cuba menyelamatkan diri sebelum dilihat rebah.

Rakaman tamat dengan Thomas menghilangkan diri manakala seorang pemandu dilihat keluar membantu Mano.-Agensi
Ditembak Mati Hanya Kerana Telefon Bimbit Ditembak Mati Hanya Kerana Telefon Bimbit Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.