Seo Services

Vape Meletup, Bilik Tidur Terbakar



LONDON: Satu lagi kebakaran membabitkan rokok elektronik atau vape berlaku di sebuah rumah dua tingkat berkembar di Oldbury, West Midlands awal pagi kelmarin.

Lapor Mail Online, kebakaran itu terjadi selepas vape berkenaan yang sedang dicas secara tiba-tiba meletup.

Lapan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Beberapa gambar yang dikeluarkan oleh Stesen Bomba Oldbury menunjukkan berlaku kerosakan teruk di bilik tidur utama di tingkat pertama rumah berkenaan.

Menurut satu laporan media tempatan, kebakaran berlaku disebabkan masalah bateri litium pada vape tersebut.

Sementara itu, anggota Pasukan Penyiasatan London Fire Brigade, Charles Pugsley berkata, orang ramai sering tersalah anggap bahawa vape adalah lebih selamat berbanding rokok biasa.

“Pengguna kadangkala menggunakan pengecas yang kurang sesuai sehingga menyebabkan vape tersebut terlebih cas dan meletup. Kami menggesa penjual vape agar menjual pengecas yang bersesuaian bagi mengelakkan kejadian serupa berlaku,” kata Pugsley.- Utusan Malaysia
Vape Meletup, Bilik Tidur Terbakar Vape Meletup, Bilik Tidur Terbakar Reviewed by uMieySurianie on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.