Seo Services

Permohonan Maaf Zero Dapat Pujian Penggiat Seni Dayak


KUCHING: Penggiat seni Dayak memuji kumpulan lawak popular, Zero yang membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu 'ngepan indu'.

Memetik laporan Utusan Borneo, penggiat seni Dayak yang juga komposer, Isa Lee berkata permohonan maaf oleh Zero itu merupakan satu tindakan yang profesional oleh Zero.

“Kita memuji sikap profesional Zero yang segera meminta maaf selepas menyedari kesilapan yang dibuat oleh mereka baru-baru ini.

“Kita berharap insiden ini akan memberi pengajaran dan tidak diulangi oleh penggiat-penggiat seni yang lain pada masa akan datang,” katanya.

Zero dikecam selepas salah seorang ahlinya memakai ‘ngepan indu’ iaitu pakaian tradisi wanita Iban pada persembahan minggu pertama program komedi yang disiarkan secara langsung baru-baru ini.

Komedi yang dipersembahkan oleh Zero itu disifatkan sebagai menghina masyarakat Iban oleh persatuan-persatuan Dayak di negeri ini.

Antara yang mengecam persembahan komedi Zero ialah Kesatuan Dayak Kebangsaan Sarawak (SDNU) Cawangan Sibu, Serakup Dayak Dudong dan Persatuan Dayak Miri (DAM).

Tambah Isa lagi, mereka tidak melarang orang memakai atau mempromosikan ‘ngepan indu’ tetapi perlu pada tempat, gaya dan cara yang betul.

Kesilapan yang dibuat oleh Zero adalah tidak disengajakan kerana mereka tidak merujuk lebih dahulu dengan pakar dalam segala hal yang tidak pasti seperti bahasa, pakaian dan sebagainya.

Malah Isa sendiri mengakui meminati kumpulan Zero dan mendoakan mereka akan terus berjaya dalam bidang seni yang diceburi.-Sarawakiana
Permohonan Maaf Zero Dapat Pujian Penggiat Seni Dayak Permohonan Maaf Zero Dapat Pujian Penggiat Seni Dayak Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.