Seo Services

Duta Besar Korea Utara Biadap – Hishammuddin

DAP Tak Sehaluan, Berada Dilandasan Tidak Betul
PELABUHAN KLANG – Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadap dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau melihat Kang Chol bertindak ‘melebihi apa yang dipertanggungjawabkan terhadapnya sebagai duta’.

“Bagi saya, ia melangkaui batasan diplomatik dan saya fikir duta itu biadap dalam memberi komennya berhubung perkara ini. Sebagai bekas menteri (Dalam Negeri), saya percaya semua penyiasatan yang berkaitan dengan perkara ini dijalankan dengan baik oleh pihak polis,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Kang Chol baru-baru ini kononnya Malaysia cuba menyembunyikan sesuatu dan bersekongkol dengan ‘kuasa-kuasa seterunya’ dalam penyiasatan kes berkenaan.

Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan kapal Nautical Aliya yang membawa misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar di Boustead Cruise Centre di sini, hari ini. – BERNAMA
Duta Besar Korea Utara Biadap – Hishammuddin Duta Besar Korea Utara Biadap – Hishammuddin Reviewed by Azmin on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.