Seo Services

Hukuman Suntikan Maut 8 Banduan Dilaksana April


LITTLE ROCK: Gabenor Arkansas semalam menetapkan hukuman mati ke atas lapan banduan akan dilaksanakan, April ini.

Ia adalah cubaan meneruskan hukuman mati selepas hampir 12 tahun terhenti walaupun negeri itu kekurangan satu daripada tiga cecair diperlukan untuk melaksanakan suntikan maut.

Bekalan cecair vecuronium bromida negeri itu tamat tempoh pada 1 Mac 2018.

Gabenor Republikan, Asa Hutchinson, menandatangani pengisytiharan menjadualkan pelaksanaan hukuman mati dalam tempoh empat hari untuk semua tahanan terbabit, April ini.

Tarikhnya akan ditetapkan dalam tempoh terdekat.

Keputusan itu seiring dengan sasaran melaksanakan hukuman mati sebelum satu daripada cecair suntikan maut tamat tempoh.

Jika dijalankan, ia akan menjadi kali pertama Arkansas menghukum mati ramai banduan dalam tempoh sebulan, selepas hampir dua dekad.

Beberapa hari lalu, peguam negeri memberitahu gabenor bahawa tahanan sudah kehabisan peluang rayuan dan tiada halangan bagi perundangan meneruskan hukuman mati.

Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) minggu lalu menolak permohonan banduan untuk menyemak keputusan mahkamah negeri yang mengekalkan undang-undang suntikan maut Arkansas.

Jumaat lalu, Mahkamah Agung menarik balik pengekalan keputusan dan memberi laluan kepada Peguam Arkansas, Leslie Rutledge, memohon tarikh hukuman ditetapkan. - AP
Hukuman Suntikan Maut 8 Banduan Dilaksana April Hukuman Suntikan Maut 8 Banduan Dilaksana April   Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.