Seo Services

Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman


MEDIA sosial Indonesia sensasi selepas tersebarnya foto seorang wanita yang didakwa milik puteri Raja Salman iaitu Puteri Ameera Al Taweel oleh seorang pengguna laman mikro Twitter.

Foto tersebut dimuat naik oleh seorang netizen dikenali sebagai Ekky Alexander @PapaeFiska pada semalam (Isnin).

Ekky menerusi statusnya itu telah berkongsi seorang gadis berambut panjang memakai baju corak kotak-kotak dengan kapsyen “Putri kerajaan arab ternyata “Teman Ahok” #BajuKotakKotak#MudahnyaBikinHoax
cc @temanAhok.”

Foto yang dikongsi itu sensasi di laman sosial negara itu dan menerima pelbagai komen diterima daripada netizen tempatan.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna laman Twitter; Mohamad Guntur Romli @GunRomli menjelaskan perkara sebenar berkaitan foto yang tersebar itu.

Menurut Guntur, foto yang dikongsi oleh Ekky itu bukanlah milik puteri Raja Salman iaitu Puteri Ameera Al Taweel tetapi milik model pelakon kelahiran India iaitu Ginni Kapoor.

Meskipun berlainan latar belakang dan status, namun kedua-dua individu wanita memiliki kecantikan dan karisma yang tersendiri. – MYNEWSHUB.CC

Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.