Seo Services

Jong-nam Dibunuh Guna Kaedah Baharu

Image result for Kim Jong Nam

SEOUL: Penggunaan agen saraf VX dalam pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Jong-un, menunjukkan rejim Stalin itu membangunkan kaedah pengganas jenis baharu. 

Seorang bekas ejen perisik Korea Utara, Kim Dong-sik berkata, kes pembunuhan itu memaparkan keunikan yang jarang dilihat di Pyongyang walaupun memiliki sejarah panjang keganasan menggunakan taktik kejam daripada jarum beracun sehingga nahas kereta terancang. 

"Kes Jong-nam berbeza dari sebelumnya dan saya fikir ia adalah yang pertama seumpamanya," kata Dong-sik dalam satu seminar di Parlimen, semalam. 

Beliau yang berpaling tadah ke Korea Selatan selepas ditangkap pada 1995 kini bekerja sebagai penyelidik di Institut Strategi Keselamatan Nasional, sekutu Perkhidmatan Perisikan Nasional. 

Tidak seperti pembunuh yang direkrut Korea Utara, katanya, dua wanita yang menyapu wajah Jong-nam dengan VX sebelum meninggalkan tempat kejadian mungkin menjalani latihan berulang kali untuk menjadikannya seperti insiden semula jadi dan bukan cubaan membunuh. 

"Mungkin suspek berlatih berpuluh kali melakukan pembunuhan dan ia dilakukan dengan lancar," katanya sambil menambah suspek mungkin tidak mengakui mereka mengambil bahagian dalam pembunuhan seseorang. 

Dalam persidangan sama, Ketua Institut Kebebasan Demokrasi Korea, Yoo Dong-ryul, mendakwa Jong-nam mengalami masalah kewangan dan meminta Jong-un menampung perbelanjaan dirinya. 

Sesetengah penganalisis mendakwa, Jong-nam terkenal kerana sering berjudi, berbelanja mewah dan gaya hidup berfoya-foya tidak dapat menikmati kehidupan seperti itu susulan pembunuhan bapa saudaranya, Jang Song-thaek, individu kedua paling berkuasa di Pyongyang sebelum dibunuh Jong-un pada 2013. - The Korea Herald\
Jong-nam Dibunuh Guna Kaedah Baharu Jong-nam Dibunuh Guna Kaedah Baharu Reviewed by Azmin on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.