Seo Services

EU Tingkat Sekatan Ke Atas Korea Utara

Image result for EU

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) menguatkuasakan sekatan tambahan ke atas Korea Utara, hari ini, selepas negara itu menjalankan ujian nuklear dan senjata balistik, sekali gus melanggar larangan Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keputusan melaksanakan resolusi PBB yang dipersetujui pada November lalu, adalah ketika Korea Utara menjadi tumpuan dunia selepas insiden pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

EU yang dianggotai 28 negara berkata, pendekatan baharu itu, termasuk sekatan perdagangan arang batu, besi dan bijih besi, selain larangan import tembaga, nikel, perak dan zink daripada Korea Utara.

Penjualan helikopter dan kapal kepada Korea Utara juga dilarang, manakala kawalan diperketatkan terhadap sektor pengangkutan, kewangan dan hartanah.

Negara anggota EU juga akan membendung sebarang aktiviti berkaitan pengajaran, latihan dan saintifik yang mampu memberi manfaat kepada program nuklear dan senjata balistik di Korea Utara.

Sekatan ke atas Korea Utara oleh EU itu dikuatkuasakan sejak 2006 dan ia adalah sebahagian daripada usaha pihak antarabangsa untuk menyekat program nuklear dan senjata balistik, yang dipercayai bagi membolehkan Pyongyang menyerang Amerika Syarikat.

Sementara itu, laporan PBB yang diperolehi oleh AFP minggu lalu menunjukkan larangan itu gagal dilaksanakan dengan berkesan kerana Korea Utara sering menggunakan orang tengah atau syarikat tertentu, terutama dari Malaysia dan China ketika berurusan.

Pada minggu lalu, China, rakan dagangan dan sekutu rapat Korea Utara menggantung semua import dari negara itu tetapi penganalisa berkata, tindakan itu mungkin dilaksanakan berikutan kes pembunuhan Kim Jong-nam. - AFP
EU Tingkat Sekatan Ke Atas Korea Utara EU Tingkat Sekatan Ke Atas Korea Utara Reviewed by Azmin on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.