Seo Services

Tiada Rancangan Naik Harga Simen

Image result for cahaya mata sarawak
KUCHING: CMS Cement Sdn Bhd (CMS Cement) semalam memberi jaminan kepada pasaran infrastruktur dan pembangunan hartanah di negeri ini dengan menyangkal khabar angin mengenai kenaikan harga simen di pasaran.

Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) syarikat induk CMS Cement Datuk Richard Curtis berkata: “Setiap kali ada tekanan ke atas pasaran kewangan, akan ada khabar angin mengenai kenaikan harga semua bahan binaan.

“Saya dengan gembira menyatakan bahawa CMS Cement sama sekali tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan harga.

“Disebabkan pandangan jauh, perancangan serta pengurusan ke hadapan CMS Cement, kami lebih bersedia berurusan dengan masa–masa mencabar, tanpa ‘menurunkan’ sebarang peningkatan kos operasi kepada pelanggan kami.

“Sejak tahun lepas, CMS Cement bekerja keras meningkatkan kecekapan kemudahan pengeluaran klinker kami dan kami telah memulakan rundingan kadar baharu yang lebih baik untuk bahan-bahan mentah.”

Beliau berkata langkah-langkah perancangan lebih maju itu, digabungkan dengan kemudahan pengisaran dan bersepadu simen baharu CMS Cement di Mambong, membolehkan syarikat itu dengan berkesan menyokong pertumbuhan dan pembangunan di Sarawak tanpa perlu menaikkan harga walaupun berlaku peningkatan kos operasi.

Katanya loji ketiga CMS Cement di Mambong berjaya meningkatkan kapasiti kadar jumlah pengeluaran tahunan simen hampir 60 peratus kepada 2.75 juta tan metrik (MT), melebihi permintaan tempatan ketika ini iaitu kira-kira 1.7 juta MT.

Keadaan itu katanya, telah membolehkan syarikat berkenaan memenuhi permintaan simen di Sarawak termasuk projek-projek mega seperti Empangan Hidroelektrik Baleh dan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Perancangan positif CMS Cement ini bertujuan memastikan bekalan dapat dipercayai dengan simen berkualiti, menunjukkan amalan perniagaan baik syarikat dan merupakan satu lagi contoh komitmen tidak berbelah bahagi syarikat untuk Sarawak serta pertumbuhan ekonomi mampan,” ujarnya. - UB
Tiada Rancangan Naik Harga Simen Tiada Rancangan Naik Harga Simen Reviewed by Azmin on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.