Seo Services

Kereta Dilanggar Motosikal, Penumpang Maut Penunggang Kritikal


KUCHING: Satu lagi kemalangan maut berlaku di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dekat persimpangan masuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini awal pagi semalam.

Kemalangan yang meragut satu nyawa itu membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta yang membawa enam individu termasuk seorang pemandu.

Dipercayai ketika kejadian, kereta yang dipandu Kennedy Belat, 44, dalam perjalanan menuju ke Jalan Green Road melalui Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Ketika sampai di lampu isyarat simpang masuk ke HUS, kereta tersebut dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah motosikal yang ditunggang Amir Hamzah Zakaria dari sebelah kiri.

Perlanggaran tersebut menyebabkan bahagian depan kiri kereta terbabit rosak teruk dan mencederakan penumpang di bahagian depan kiri penumpang iaitu Belat Jumbu, 69.

Mangsa yang cedera parah dibawa ke HUS namun disahkan meninggal manakala penunggang motosikal yang berusia 19 tahun dirawat di Zon Merah HUS.

Pemandu kereta terbabit, Kennedy dan empat lagi penumpang iaitu Christy Belat, Abel Jombu Kennedy, Alexsius Sanum Endawin dan Alisa Inti Endawin turut mengalami kecederaan dan dirawat di HUS.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.-UB
Kereta Dilanggar Motosikal, Penumpang Maut Penunggang Kritikal Kereta Dilanggar Motosikal, Penumpang Maut Penunggang Kritikal Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.