Seo Services

KPDNKK Tak Berhak Siasat Latar Belakang Syarikat

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak hak membuat pemeriksaan latar belakang agensi atau pelabur luar yang mahu mendaftar perniagaan di negara ini. 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata KPDNKK hanya boleh mendaftar syarikat dan tidak mempunyai maklumat sama ada syarikat didaftarkan mempunyai hubung kait dengan pengintip di luar negara. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan agensi berita antarabangsa yang mendakwa wujud sebuah syarikat di ibu negara menjual peralatan tentera didalangi ejen perisikan Korea Utara. 

Hamzah berkata, jika syarikat atau pelabur itu melakukan kesalahan atau mempunyai hubungan dengan pengintip luar, ia adalah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

"Kami hanya mendaftar pelabur atau syarikat yang mahu membuka perniagaan di negara ini. Kita tidak tengok latar belakang sama ada mereka pengintip atau sebaliknya. 

"Itu di bawah PDRM," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPDNKK tahun 2016, di sini hari ini. 

Agensi berita asing melaporkan, sebuah syarikat peralatan ketenteraan digelar Glocom didakwa beroperasi di ibu negara dan dikendalikan ejen perisikan Korea Utara yang menjual peralatan radio tempur. 

Tindakan itu dengan jelas melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Glocom dikatakan mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi 'tentera dan separa tentera' di laman web miliknya di Malaysia, glocom.com.my. - BH
KPDNKK Tak Berhak Siasat Latar Belakang Syarikat KPDNKK Tak Berhak Siasat Latar Belakang Syarikat Reviewed by Azmin on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.