Seo Services

13 Tinggal Sehelai Sepinggang Di Gita

Foto ihsan Bomba

KUCHING: Seramai 13 orang daripada dua keluarga hilang tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pinang Jawa, Gita disini hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.30 petang tadi, sebuah rumah dua tingkat ranap dijilat api.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian dengan bantuan anggota dari BBP Batu Lintang dan BBP Padungan.

“ Setibanya anggota ke lokasi kejadian, pihaknya mendapati api sedang marak dan memusnahkan rumah dua tingkat berkenaan selain turut membakar tiga buah kenderaan yang diletakkan luar rumah mangsa,” katanya.

Difahamkan kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehingga berita ini ditulis, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana
13 Tinggal Sehelai Sepinggang Di Gita 13 Tinggal Sehelai Sepinggang Di Gita Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.