Seo Services

Malaysia, Arab Saudi Meterai Empat MoU


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, mengadakan pertemuan tertutup, di sini sebentar tadi.

Perjumpaan antara kedua-dua pemimpin itu disusuli mesyuarat delegasi dan majlis memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

Ini termasuk MoU berkaitan kerjasama dalam bidang saintifik dan pendidikan, yang ditandatangani Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bagi pihak Malaysia dan Menteri Arab Saudi, Dr Ibrahim Al Assaf.

MoU kedua mengenai kerjasama ekonomi ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan Menteri Buruh dan Pembangunan Sosial Arab Saudi, Dr Ali Nassir Al Ghafies.

Ali Nassir turut menandatangani MoU mengenai sektor buruh dan sumber manusia dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot. MoU terakhir adalah antara Agensi Berita Nasional (BERNAMA) yang diwakili Pengurus Besarnya, Datuk Zulkefli Salleh dan Saudi Press Agency (SPA), yang diwakili Presidennya, Abdullah Fahad Al Hussein. - BH
Malaysia, Arab Saudi Meterai Empat MoU Malaysia, Arab Saudi Meterai Empat MoU Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.