Seo Services

Lambakan Minyak Subsidi Malaysia Di Pasar Tak Bai

KOTA BHARU: Minyak masak paket satu kilogram (kg) keluaran Malaysia dijual secara berleluasa di sebelah Thailand yang sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh dijual secara berleluasa di situ. 

Minyak masak paket satu kilogram masih lagi diberikan subsidi oleh kerajaan Malaysia dijual di Pasar Tak Bai pada harga antara RM4 hingga RM5.50 sepaket tetapi masih dianggap murah dan mendapat permintaan ramai khususnya penduduk tempatan. 

Peniaga, Mek Jah Che Soh, 53, berkata minyak masak paket dari Malaysia mendapat permintaan meluas di pasaran Thailand berikutan harganya yang dianggap masih lagi murah. 

"Minyak soya keluaran Thailand tidak mendapat permintaan meluas berikutan harganya agak mahal iaitu RM6 untuk setiap 500 mililiter (ml) sebotol.

"Minyak masak paket dari Malaysia dijual pada harga lebih murah dan mudah diperoleh di seberang sempadan (Kelantan)," katanya ketika ditemui di Pasar Tak Bai, Thailand. 

Mek Jah berkata, dia memperoleh bekalan minyak berkenaan daripada orang tengah dan dibawa masuk melalui laluan air iaitu menggunakan perahu. 

"Bekalan minyak masak Malaysia termasuk jenis paket 1 kg agak mudah didapati dan kami tidak perlu risau kerana bekalan sentiasa ada untuk dijual," katanya. 

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIM), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani, berkata tinjauan selama dua jam di pasar berkenaan mendapati lebih 10 kedai runcit menjual minyak masak paket bersubsidi serta minyak jenama tempatan dijual secara terbuka. 

Katanya, PPIM memandang serius perkara berkenaan kerana bekalan minyak masak terutama yang paket satu kg di negeri ini sering berlaku kehabisan stok di pasar raya. 

"Timbul persoalan bagaimana minyak ini dijual di negara jiran, adakah melalui jalan yang sah atau penyeludupan," katanya. 

Mohd Fared berkata, ada alasan yang diberikan oleh peniaga yang mendakwa pintu sempadan Imigresen ditutup awal iaitu jam 6 petang menyebabkan ada antara mereka cuba membawa masuk pelbagai barang termasuk minyak masak melalui pangkalan haram. 

"PPIM mencadangkan pihak berkuasa perlu menilai kembali waktu operasi pintu sempadan kerana difahamkan aktiviti penyeludupan berlaku bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi. 

"Kami juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik lesen syarikat atau pemborong sekiranya terbukti mereka bersekongkol dengan akviti penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran," katanya. - BH
Lambakan Minyak Subsidi Malaysia Di Pasar Tak Bai Lambakan Minyak Subsidi Malaysia Di Pasar Tak Bai Reviewed by Azmin on February 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.