BEIJING – Seorang kanak-kanak di China terpaksa menahan kesakitan selepas lehernya tertusuk pensil ketika sedang bermain di kediamannya baru-baru ini.
Media tempatan melaporkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai Xiao Hua dikejarkan ke Hospital Guangxi Minzu di Nanning bagi menerima rawatan segera.
Kejadian tersebut berlaku ketika Xiao Hua sedang melukis di meja kecilnya dan kerana tangannya terlalu ke bahagian tepi menyebabkan meja tersebut terbalik bersamanya.
Susulan itu, pensel yang digunakannya secara tidak sengaja tertusuk bahagian lehernya sebelum kejadian disedari ibu bapanya.
Dailystar melaporkan, mangsa tiba di hospital dalam keadaan sedar dengan pensil masih tertusuk di lehernya.
Doktor Ban yang merawat kanak-kanak perempuan itu berkata, tindakan ibu bapa mangsa yang tidak menarik pensel tersebut adalah betul kerana jika dilakukan, boleh berlaku pendarahan yang tidak terkawal.
“Ibu bapa kanak-kanak ini bertindak dengan betul,” katanya.
Menurutnya, pensel tersebut berjaya dikeluarkan dan tidak menyentuh arteri utama di bahagian leher hingga boleh menyebabkan kecederaan parah
Jelasnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan dan masih menerima rawatan lanjut di hospital. – MYNEWSHUB.CC
Ngeri! Leher Budak 3 Tahun Tertusuk Pensil
Reviewed by Azmin
on
February 24, 2017
Rating:
No comments: