Seo Services

Rani Kulup Beri Amaran Kepada Korea Utara

KUALA LUMPUR: “Raja Report” Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah mengepalai Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) bersama beberapa gerakan lain untuk melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan Duta Korea Utara Kang Chol sebelum ini, yang mendakwa negara bersekongkol dengan Korea Selatan dan menuduh bekerjasama atas pemebunuhan yang berlaku baru-baru ini.

Beliau berkata Korea Utara tiada sebab untuk bimbang dengan bedah siasat Jong Nam kerana Malaysia memiliki kepakaran canggih yang diakui dunia.

“(Korea Utara) kena steady-lah. Jangan tuduh sebelum siasat,” katanya pada sidang media semasa mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan Korea Utara pagi tadi.

Rani Kulup menggesa polis menyiasat Kedutaan Korea Utara “hingga ke akar umbi” berhubung kenyataan tersebut dan menggesa pihak mereka menarik balik dakwaan.

Namun mengikut protokol antarabangsa, pihak kedutaan menikmati imuniti dan sebarang siasatan pihak berkuasa perlu melalui Kementerian Luar Negara. – Sarawakiana

Rani Kulup Beri Amaran Kepada Korea Utara Rani Kulup Beri Amaran Kepada Korea Utara Reviewed by uMieySurianie on February 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.