Seo Services

PDRM Sahkan Dua Syarikat Wujud Di Malaysia



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan wujud dua syarikat di negara ini yang dikatakan dikawal pengarah dan pemilik saham Korea Utara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata syarikat terbabit ialah International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd.

Katanya, International Global System Sdn Bhd didaftar pada tahun 2005 dan mengendalikan perniagaan multimedia, elektronik serta perdagangan.

International Golden Services Sdn Bhd, katanya, didaftar pada 2012 dan mengendalikan perniagaan teknologi maklumat serta produk teknologi telekomunikasi.

"Berdasarkan laporan media antarabangsa semalam, saya menafikan syarikat itu kononnya dikawal ejen perisikan Korea Utara dengan nama Glocom.

"Berdasarkan laman web glocom.com.my yang didaftar pada 2009, ia didaftar oleh syarikat International Global System Sdn Bhd.

"Mengikut laman web itu juga, International Golden Services Sdn Bhd bertindak sebagai syarikat yang boleh dihubungi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khalid berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua syarikat itu kini dalam proses ditutup.

Beliau berkata, PDRM sentiasa memantau perkembangan dan mengambil tindakan tegas untuk memastikan Malaysia tidak digunakan sebagai lokasi melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Agensi berita antarabangsa Reuters dalam laporannya semalam mendakwa, Glocom adalah syarikat dikendalikan ejen perisikan Korea Utara yang menjual peralatan radio tempur.

Katanya, Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi tentera dan separa tentera di laman web miliknya di Malaysia, glocom.com.my.

Reuters yang memetik laporan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mendakwa, urus niaga syarikat itu melanggar sekatan PBB.- Berita Harian
PDRM Sahkan Dua Syarikat Wujud Di Malaysia PDRM Sahkan Dua Syarikat Wujud Di Malaysia Reviewed by uMieySurianie on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.