Seo Services

Bayar Hutang & Beli Barang Berjenama, Wanita Sanggup Jual Ovum


PETALING JAYA: Dengan kos sara hidup yang meningkat, sesetengah wanita dikatakan mengambil langkah agak drastik untuk mendapatkan sedikit pendapatan tambahan dengan menjual ovum mereka kepada hospital di Lembah Klang, lapor Nanyang Siang Pau.

Sesetengah daripada mereka masih belajar di kolej dipercayai menjana pendapatan antara RM3,000 dan RM8,000 dengan menjual telur mereka.

Sebab mereka membuat perkara seperti itu kerana mahu membayar hutang atau melanjutkan pelajaran manakala yang lain mahu wang untuk membeli beg berjenama atau telefon pintar, kata laporan itu.

Walaupun ia kelihatan cara yang baharu untuk membuat duit, etika jualan seperti itu agak meragukan.

Akhbar harian itu memetik seorang peguam yang berkata, ia adalah menyalahi undang-undang untuk menerima bayaran dengan menderma telur.

Menurut salah seorang daripada penderma, tidak semua orang mendapat apa yang telah dijanjikan kepada mereka.

Berusia 22 tahun, penderma itu memberitahu orang tengah telah menawarkan RM4,500 kepada beliau untuk ovum, tetapi dia hanya menerima RM3,000.

Beliau berkata orang tengah mendakwa pembayaran beliau telah ditolak untuk menampung sebahagian ubat.-FMT
Bayar Hutang & Beli Barang Berjenama, Wanita Sanggup Jual Ovum Bayar Hutang & Beli Barang Berjenama, Wanita Sanggup Jual Ovum Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.