Seo Services

Wanita Miliki Syabu Dicekup


TAWAU: Polis menahan seorang wanita warga Indonesia kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 5.1 gram di rumahnya di Kampung Rancangan Kalabakan, dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata polis menyerbu rumah wanita berusia 34 tahun itu kira-kira pukul 9 pagi dan menemui satu plastik berwarna biru di atas meja kecil di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

"Di dalam plastik biru itu mengandungi 16 plastik lut sinar disyaki dadah syabu dianggarkan bernilai RM500," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Selasa.

Fadil berkata, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-mStar
Wanita Miliki Syabu Dicekup Wanita Miliki Syabu Dicekup Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.