Seo Services

PDRM Sedia Kongsi Maklumat Agen Saraf Vx Dengan PBB


KUALA LUMPUR: Polis sedia berkongsi maklumat dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung agen saraf VX yang menyebabkan kematian warga Korea Utara Kim Jong-nam di Malaysia, sekiranya dibenarkan Kementerian Luar, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia mengalu-alukan cadangan PBB untuk polis membantu menyediakan maklumat dalam kes ini.

"Kita sedia berkongsi maklumat dengan PBB sekiranya Wisma Putra mengizinkan kami berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.

Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Britain seperti yang dilaporkan media antarabangsa semalam yang mahu Malaysia berkongsi bukti dengan PBB mengenai serangan agen saraf VX itu ke atas Jong-nam.

Duta Britain di PBB, Matthew Rycroft memberitahu pemberita bahawa maklumat mengenai serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lalu yang menyebabkan kematian Jong-nam seharusnya dihantar kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) yang berpangkalan di Hague, Belanda dan Majlis Keselamatan PBB. - BERNAMA
PDRM Sedia Kongsi Maklumat Agen Saraf Vx Dengan PBB PDRM Sedia Kongsi Maklumat Agen Saraf Vx Dengan PBB Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.