Seo Services

Pegaduhan Bawa Padah, Pemuda Terima 50 Jahitan


SIBU: Seorang pemuda menerima lebih 50 jahitan di beberapa bahagian badan termasuk di kepala selepas ditetak menggunakan objek tajam dalam satu insiden pergaduhan.

Kejadian itu dipercayai berlaku berhampiran rumah sewa unit bangunan kedai di Jalan Hulu Lanang di sini.

Mangsa berasal dari Kapit berusia 22 tahun dan tinggal di Jalan Sukun di sini.

Kelmarin, mangsa datang melawat sepupu serta rakannya di rumah sewa berkenaan sebelum diteruskan dengan sesi minum kira-kira jam 2 petang.

Pada kira-kira jam 7 malam, mangsa dikatakan turun dari rumah sewa berkenaan dan pergi ke sebuah kedai berhampiran.

Semasa dalam perjalanan pulang, mangsa tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki.

Mangsa terpaksa bergelut untuk melepaskan diri dan meminta bantuan daripada rakan-rakan dan sepupunya.

Sebelum melarikan diri, dilaporkan berlaku sedikit pertempuran di antara rakan mangsa dengan kumpulan penyerang terbabit.

Salah seorang daripada sepupu mangsa cedera di jari kiri dipercayai terkena objek tajam.

Dalam pada itu, punca sebenar mangsa diserang tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis.

Orang awam menyaksikan kejadian itu kemudian menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah mengesahkan kejadian itu dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mangsa cedera dibawa untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Sibu dengan kenderaan ambulans.-UB
Pegaduhan Bawa Padah, Pemuda Terima 50 Jahitan Pegaduhan Bawa Padah, Pemuda Terima 50 Jahitan Reviewed by Unknown on February 28, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.