KUCHING: Biarpun Astro sudah memohon maaf terhadap tindakan kumpulan Zero memakai pakaian tradisional kaum wanita Iban, syarikat televisyen berbayar itu terus mendapat kecaman daripada pengguna Facebook.
Salah seorang pengguna Facebook berkata, Astro sudah bertapak berpuluh tahun tetapi masih kurang profesional dalam aspek penyiaran.
"Dalam situasi kenaikan harga barang, kita dihidangkan dengan kualiti hiburan tempatan yang tidak setimpal dengan bayaran.
"Saya harap kumpulan Zero disingkirkan terus daripada program realiti ini sebagai amaran keras kepada semua supaya jangan bermain dengan isu sensitif," katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook mahukan Zero memohon maaf secara terbuka pada konsert akan datang.
"Kami nak Zero minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Sarawak pada konsert (akan datang)," ujarnya.-Sarawakiana
Selepas Permohonan Maaf, Pengguna Facebook Mahu Zero Disingkirkan
Reviewed by Unknown
on
February 23, 2017
Rating:
Loba
ReplyDeletesiapa tuan punya facebook tu? jangan gelar diri seorang Sarawakian lah kalau benda macam ni pun melampau sangat minta . orang dah minta maaf jangan lah kecam lebih2 . jangan jadi bodoh boleh? . diorang dah minta maaf kan ? jangan jadi bodoh hipokrit gik sial
ReplyDeleteXada laa . Benda dh setel . Tutup la cerita . Jgn sampai kmu yg sy tutup . Sudah sudah lah mengapikan keadaan
ReplyDeleteSapa org Sarawak nok komen gia ya..sensitivity konon..adat lah..coba tgga dik mpun ya lok,beradat glak ka..
ReplyDeletebukan dorg dah minta maaf ke??
ReplyDelete