KUCHING : Ramai penjawat awam dan pembeli rumah menjadi mangsa syarikat perumahan apabila syarikat tersebut terlalu tamak memperluaskan projek mereka.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, belum selesai lagi projek 'A' dilakukan, mereka telah membuat projek 'B'.
"Ini menyebabkan banyak projek gagal dan mereka tidak dapat stabilkan kewangan syarikat.
"Kesan buruk berlaku kepada penjawat awam dan pembeli rumah yang sudah membuat pinjaman tetapi rumah tidak dapat," katanya pada Perasmian Projek Perumahan Taman Sri Maya di Petra Jaya sebentar tadi.
Menurut Abang Johari, Kerajaan terpaksa mengambil tindakan drastik kepada syarikat perumahan dengan menggubal undang-undang negeri agar pembeli mendapat pembelaan sewajarnya.
"Buat masa ini, kerajaan memperkenalkan satu mekanisma yang berteknologi tinggi supaya kerajaan dapat memantau kawasan projek yang sedang dan akan dilaksanakan.
"Teknologi ini akan memudahkan Suruhanjaya Perumahan Awam (SPA) berhubung dengan Jabatan Tanah dan Servei (JTS) untuk membuat keputusan lebih cepat dan efisyen," ujarnya.
Tambah Abang Johari, gunalah teknologi terkini kerana cara lama tidak sesuai dan mengambil masa yang lama.
Pada masa sama Abang Johari turut menyentuh tentang internet yang begitu teruk di Sarawak.
"Suruhanjaya Komunikasi Multi Media Malaysia menggunakan 5mbps di luar bandar, bagaimana internet mahu berfungsi dengan baik sedangkan 30mbps di Pantai Damai begitu teruk penerimaan internet.
"Orang sudah guna 300mbps malah orang sudah bercakap tentang penerimaan internet Terrabait," jelasnya.
Tambah Abang Johari, hal tersebut perlu tindakan segera supaya rakyat dapat melayari internet dengan cepat dan institusi kerajaan dapat berhubung dengan syarikat serta sebagainya dengan lebih cepat. - Sarawakiana
Syarikat Perumahan Tamak Menyebabkan Pembeli Jadi Mangsa
Reviewed by Admin
on
February 26, 2017
Rating:
Menyentuh pasal internet, memang benar negeri Sarawak masih terlalu banyak kekurangan dari kemudahan yg disediakan olh krjn trutma di bhgn luar bandar jika dibandingkn dgn negeri2 di semenanjung. Xprlu jauh lokasi yg saya mksudkn, Kpg Jepak ada beberapa kpg di dlm nya trmsuk lh kpg Warisan Jepak @ Skim Pembesaran Kpg Jepak. Lokasi Kpg Warisan Jepak adalah kpg kategori dlm bandar kerana sgt dekat dgn Bandar Bintulu TETAPI sukar utk mndapatkn talian internet malah talian telifon pun agak lemah.
ReplyDeleteMenyentuh pasal internet, memang benar negeri Sarawak masih terlalu banyak kekurangan dari kemudahan yg disediakan olh krjn trutma di bhgn luar bandar jika dibandingkn dgn negeri2 di semenanjung. Xprlu jauh lokasi yg saya mksudkn, Kpg Jepak ada beberapa kpg di dlm nya trmsuk lh kpg Warisan Jepak @ Skim Pembesaran Kpg Jepak. Lokasi Kpg Warisan Jepak adalah kpg kategori dlm bandar kerana sgt dekat dgn Bandar Bintulu TETAPI sukar utk mndapatkn talian internet malah talian telifon pun agak lemah.
ReplyDelete