Seo Services

Tahanan Lolos, Anggota Polis Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib


KOTA KINABALU - Polis akan menjalankan siasatan sama ada wujud kecuaian dalam kalangan anggota polis sehingga menyebabkan seorang tahanan lolos dalam kejadian di pekan Nangoh daerah Beluran pada Sabtu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, sekiranya wujud kecuaian dalam kalangan dua anggota dan seorang pegawai polis dalam insiden berkenaan, mereka bakal berhadapan tindakan tatatertib.

Bagaimanapun, menurut beliau, kes tersebut masih dalam siasatan dan pihak polis giat mengesan suspek kes rogol berusia 29 tahun yang dipercayai masih bersembunyi di ladang kelapa sawit di sekitar Nangoh.

"Siasatan terperinci berhubung suspek Nasrudi@Sudi Ambok yang melarikan diri dalam keadaan bergari sedang dijalankan secara terperinci.

"Jika wujud kecuaian tindakan tatatertib akan diambil terhadap anggota polis terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Brunei, Datuk Seri Mohd. Jammy Muhd. Shah Al Islam. - K! ONLINE

Tahanan Lolos, Anggota Polis Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib Tahanan Lolos, Anggota Polis Bakal Dikenakan Tindakan Tatatertib  Reviewed by Unknown on February 27, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.