NEW YORK: Sekurang-kurangnya 21 orang cedera apabila sebuah trak merempuh orang ramai yang sedang menyaksikan satu perarakan di New Orleans pada Sabtu.
Kejadian itu berlaku di persimpangan Orleans dan Carrolton Avenue, ketika perarakan kereta berhias, Krewe of Endymion diadakan.
Ketua Jabatan Polis New Orleans, Michael Harrison berkata, seorang suspek telah ditahan dan disiasat kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Pihaknya juga percaya insiden itu tiada kaitan dengan aktiviti keganasan.
"Suspek disyaki berada dalam pengaruh alkohol ketika memandu trak itu," katanya tanpa mendedahkan butiran lanjut tentan identiti pemandu itu.
Sementara itu, jurucakap perubatan, Leslie Capo berkata, sebanyak 21 pesakit dihantar ke 10 buah hospital untuk mendapatkan rawatan.
Ujarnya, tujuh mangsa enggan mendapatkan rawatan dan seorang anggota polis disahkan antara mangsa yang cedera. - AP
Trak Rempuh Penonton, 21 Cedera
Reviewed by Unknown
on
February 27, 2017
Rating:
No comments: