Seo Services

Tanah Runtuh, 3 Keluarga Di Bintulu Terpaksa Berpindah


BINTULU: Tiga keluarga Rumah Dangang Sunah di Kilometer 33, Jalan Bintulu-Tatau terpaksa dipindah ke lokasi selamat setelah tanah di bahagian belakang rumah mereka runtuh akibat hujan lebat melanda kawasan berkenaan sekitar jam 1.30 awal pagi semalam.

Menurut maklumat diperoleh daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 6.19 pagi seterusnya mengarah pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergerak ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemantauan serta menyelamat mangsa terjejas.

Jurucakap bomba berkata, rumah milik Tuai Rumah Dangang terjejas teruk dan tidak selamat didiami kerana tanah di belakang mengalami mendapan serta runtuhan agak serius.

Difahamkan, penduduk berdekatan lain juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia dipindahkan sekiranya masalah runtuhan tanah terus berlaku.

“Bomba akan mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan terjejas bagi memastikan kerja menyelamat mangsa dapat dilaksana pantas sekiranya berlaku sebarang kemungkinan tanah runtuh lagi,” ujarnya lagi.

Mujurlah, katanya, runtuhan tanah itu tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Difahamkan, kesemua mangsa terjejas kini tinggal sementara di rumah baharu mereka yang sedang dalam proses pembinaan pada masa sekarang.-UB
Tanah Runtuh, 3 Keluarga Di Bintulu Terpaksa Berpindah Tanah Runtuh, 3 Keluarga Di Bintulu Terpaksa Berpindah Reviewed by Unknown on February 23, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.