Seo Services

Wanita Balas Dendam Bakar Gaun Pengantin

Gaun Pengantin
SEBAGAI meraikan kebebasan yang diperolehi selepas bercerai, seorang wanita mempunyai cara tersendiri untuk melupakan kegagalan perkahwinannya iaitu dengan mengotorkan gaun pengantinnya dan kemudian membakar gaun tersebut.

Katlynn McKee, dari llinois, turut mendapatkan perkhidmatan jurugambar untuk merakamkan detik-detik dia membakar gaun yang berharga RM6,600.

“Kami berkenalan ketika berusia 16 tahun dan berkahwin selama empat tahun. Hubungan kami tidak baik jadi saya rasa sangat lega akhirnya bebas.

“Ini caranya yang saya lakukan untuk menyatakan bahawa saya telah bebas,’’ katanya yang mempunyai seorang anak perempuan.

Katlynn turut memberitahu bekas suaminya bahawa dia mahu membakar gaun berkenaan dan lelaki itu juga dengan sukarela mahu turut serta.

“Dia terkejut kerana saya mahu lakukan kerana saya bukannya individu seperti itu.Rakan-rakan saya turut menyokong saya,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC
Wanita Balas Dendam Bakar Gaun Pengantin Wanita Balas Dendam Bakar Gaun Pengantin Reviewed by Azmin on February 24, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.