SANDAKAN 3 Mac - Kira-kira 10,000 masyarakat dari daerah ini hadir menyambut ketibaan Perdana Menteri bagi merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi di sini.
Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 9.30 pagi ini dengan diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Projek perumahan tersebut yang bernilai RM32 juta membabitkan 180 unit rumah dikhaskan kepada rakyat yang sebelum ini menetap di kawasan setinggan.
Petang ini, Najib dijadual turun padang dalam program walkabout di sekitar bandar Sandakan. - UTUSAN ONLINE
10,000 rakyat Sabah sambut ketibaan Najib
Reviewed by Admin
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: