SANDAKAN: Syarikat petroleum Arab Saudi, Saudi Aramco, tidak akan memeterai perjanjian dengan PETRONAS dalam ekuiti yang berjumlah RM31 bilion jika Malaysia adalah sebuah `negara gagal' seperti dakwaan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, Malaysia menjadi negara pertama dilawati Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dalam rangka lawatan pemimpin negara itu.
Katanya, adalah tidak masuk akal jika Malaysia dikatakan negara gagal apabila syarikat petroleum terbesar dunia yang mampu menghasilkan 14 juta tong minyak sehari itu menjadikan PETRONAS sebagai rakan ekuiti membina kilang penapis minyak.
"Ingat Raja Arab Saudi nak buang masa dengan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, kerajaan Malaysia kalau dia (Raja Salman) anggap kita ni 'failed state' (negara gagal)?
"Ini (dakwaan) yang kata kita negara yang gagal tak masuk akal langsung," katanya berucap merasmikan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, di sini, sebentar tadi.
Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, barisan anggota Kabinet Sabah selain pemimpin komponen Barisan Nasional (BN).
PPR Batu Sapi mempunyai 180 unit rumah dengan kos RM32 juta siap sepenuhnya tahun lalu.-BH
Saudi Aramco Tak Melabur Jika Malaysia 'Negara Gagal' - PM
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: