Seo Services

AWAS, KEJARA Mulai Bulan Depan

Image result for Datuk Ab Aziz Kaprawi

BATU PAHAT: Mulai 1 April ini, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dikuatkuasakan di seluruh negara. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata pelaksanaan AWAS dan KEJARA menunjukkan kerajaan komited untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. 

Katanya, sistem dalam talian dibangunkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah siap untuk pelaksanaan dasar berkenaan. 

Beliau berkata, menerusi sistem berkenaan pesalah yang melanggar undang-undang lalu lintas kali pertama akan dipotong mata demerit dan diberi amaran manakala kesalahan kedua akan disaman. Sekiranya, masih lagi melakukan kesalahan, lesen memandu mereka akan digantung. 

"Sistem dalam talian yang lebih bersepadu yang dibangunkan juga membolehkan pesalah trafik yang gagal membayar saman akan disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu secara automatik. 

"Sistem AWAS dan KEJARA juga antara lain akan memberi perhatian utama terhadap kesalahan lalu lintas melanggar lampu isyarat serta memandu melebihi had laju dibenarkan. 

"Pelaksanaan undang-undang jalan raya lebih ketat berikutan kerajaan kecewa kerana kadar kemalangan jalan raya saban tahun terus meningkat dengan tahun lalu merekodkan kenaikan 10 peratus kemalangan maut," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jalinan Mesra Kementerian Pengangkutan 2017 di Dataran Kompleks Niaga Parit Raja, dekat sini, hari ini. 

Sistem AWAS dan KEJARA sepatutnya dilaksanakan Mei tahun lalu tetapi ditangguhkan untuk mendapat kelulusan Kabinet di samping menunggu sistem dalam talian bersepadu kesalahan trafik dibangunkan JPJ siap sepenuhnya. - BH
AWAS, KEJARA Mulai Bulan Depan AWAS, KEJARA Mulai Bulan Depan Reviewed by Azmin on March 04, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.