Seo Services

Tanah Di Perbatasan Berpotensi Dibangun Sebagai Kawasan Pertanian Dan Ternakan

 Andi (kanan) bersama Shabery dan Uggah ketika menerima kunjungan rombongan itu di Jakarta semalam.

KUCHING: Tanah di kawasan sempadan Kalimantan Barat dan Sarawak berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian dan ternakan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, antara bidang yang berpotensi untuk dimajukan secara komersil di kawasan terbabit ialah beras organik dan ternakan lembu.

“Kita berhasrat untuk membangunkan kawasan-kawasan perbatasan terutama di Kalimantan Barat dan Sarawak.

“Bersama saya dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi memudahkan hasrat membangunkan kawasan perbatasan ini.

“Saya percaya ini satu daripada usaha yang perlu kita lihat sebagai tanda keakraban dua negara,” katanya berucap pada sesi lawatan ke Jakarta, semalam.

Shabery mengetuai delegasi dari Malaysia mengunjungi Menteri Pertanian Indonesia Dr Andi Amran Sulaiman bermula semalam.

Perbincangan dua hala Malaysia dan Indonesia dalam lawatan kerja dua negara jiran bersahabat baik itu dijangka membuka ruang dan peluang lebih luas untuk bekerjasama dengan lebih erat.

Rombongan itu turut disertai Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar Buckland Bangik, Timbalan Ketua Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Sallehuddin Hassan, Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Harun, Timbalan Ketua Pengarah Veterinar Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu. - UB
Tanah Di Perbatasan Berpotensi Dibangun Sebagai Kawasan Pertanian Dan Ternakan Tanah Di Perbatasan Berpotensi Dibangun Sebagai Kawasan Pertanian Dan Ternakan Reviewed by Azmin on March 04, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.