CHINA: Suspek pembunuhan Kim Jong-nam, Ri Jong-chol yang ditahan sebelum ini mendakwa menjadi mangsa konpirasi Malaysia untuk merosakkan maruah Korea Utara.
Memetik laporan Reuters, Jong-chol yang ditemui media sejurus tiba di pekarangan Kedutaan Korea Utara di Beijing, China berkata, ini semua adalah rancangan jahat Malaysia.
"Saya rasa ini adalah satu konspirasi, plot, untuk cuba merosakkan status dan maruah Korea Utara," katanya kepada media.
Dia turut mendakwa Malaysia telah menggunakan cara paksaan untuknya memberikan pengakuan.
“Mereka (polis) menggunakan cara paksaan untuk saya beri pengakuan,” katanya.
Jong-chol ditahan pada 13 Februari lalu untuk membantu sisasatan selepas kereta miliknya digunakan untuk kes pembunuhan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Jong-chol berkata, tidak tahu bagaimana keretanya boleh berada di sana.
“Saya tidak pergi ke sana (KLIA2). Saya sudah beritahu pada mereka (polis) di mana saya berada dari 1 hingga 13 Februari,” katanya.
Ditanya lagi, apakah yang dilakukan sepanjang berada di Malaysia, Jong-chol berkata, dia hanya menyediakan bahan untuk menghasilkan sabun.
Jong-chol ditahan di sebuah kondominium di Jalan Klang Lama bagi membantu siasatan kematian Jong Nam, yang menggunakan nama 'Kim Chol' dalam pasportnya.
Jong Nam dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari lalu dengan menggunakan semburan VX. Semburan itu telah diklasifikasikan sebagai pembunuh paling bahaya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).- Sinar Harian
Jong-Chol Dakwa Jadi Mangsa Konpirasi Malaysia
Reviewed by uMieySurianie
on
March 04, 2017
Rating:
No comments: