Seo Services

Dua Maut 4WD Rempuh Pokok Di Sibu


SIBU: Dua maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mereka naiki hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Ling Kai Cheng disini malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 11.20 malam itu meragut nyawa dua lelaki berbangsa Cina.

Menurut laporan akhbar tempatan, 4WD terbabit yang dalam perjalanan dari bandar menuju ke Ulu Sungai Merah remuk teruk selepas berpusing beberapa kali sebelum melanggar sebatang pokok dan terhumban ke dalam parit sedalam dua kaki.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kes kemalangan maut berkenaan.

"Mangsa David Sia Kee Leong, 23 dan Kong Jia Sheng, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans", lapor akhbar tersebut.

Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
Dua Maut 4WD Rempuh Pokok Di Sibu Dua Maut 4WD Rempuh Pokok Di Sibu Reviewed by Unknown on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.