Seo Services

Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus


SEORANG ibu kepada bayi perempuan berusia 10 minggu dari Nuneaton, England memperuntukkan masa dua jam 30 minit setiap hari untuk merapikan rambut anaknya.

Amelia Lunn yang dilahirkan pada 20 Disember lalu merupakan anak kedua bagi pasangan Kayleigh Marsh dan Jonathan Lunn.

Disebabkan rambut Amelia yang unik, bapanya Lunn memberikan nama gelaran kepadanya sebagai ‘Mr T’.

Marsh yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa difahamkan terpaksa menghabiskan masa selama 150 minit sehari untuk melakukan penjagaan rambut anak keduanya itu bermula dari mencuci, mengering hinggalah merapikannya.

Jelas Marsh, dia menghabiskan lima minit untuk meletakkan minyak pada rambut Amelia dan dibiarkan selama dua jam sebelum dicuci yang memerlukan masa selama 20 minit, manakala lima minit lagi untuk dikeringkan.

“Kami terkejut ketika melihat Amelia lahir dan mempunyai rambut yang lebat seperti ini.

“Malah kami tidak menjangkakan hal tersebut memandangkan kakaknya, Megan lahir dengan kepala botak.

“Saat membuat perbandingan antara kedua-dua foto milik Amelia dan Megan ketika bayi membuatkan kami berasa lucu,” kata Marsh.


Tambahnya lagi, rambut Amelia sejak dari lahir tumbuh memanjang secara mencacak tidak seperti kebiasaan bayi lain dan terpaksa disapukan minyak setiap lima minit.

Pun begitu, Marsh memberitahu anaknya gemar rambutnya didandan rapi.

“Dia benar-benar suka dimanjakan. Wajah kecilnya kelihatan comel saat rambutnya dicuci dan dikeringkan,” ujarnya.

Selain memiliki rambut yang lebat dan unik, Amelia turut menjadi tumpuan orang ramai dan rata-ratanya kagum melihat rambutnya itu.

Difahamkan gaya rambut yang dimiliki oleh Amelia itu adalah hasil genetik dari ibunya yang turut mempunyai rambut seperti itu sewaktu baru dilahirkan. – MYNEWSHUB.CC
Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus Rambut Bayi Perempuan Ini Perlu 150 Minit Untuk Diurus Reviewed by Unknown on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.