Seo Services

Google Raikan Hari Jadi P. Ramlee Ke-88 Dengan Doodle Khas



Tan Sri Datuk Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee merupakan suatu nama yang tidak asing dikalangan rakyat tempatan.

Beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik, dan penulis lagu yang popular dengan pelbagai karya malah digelar sebagai “Seniman Agung Negara”.

Hari ini, bersempena dengan ulang-tahun ke-88 P. Ramlee, Google meraikan beliau dengan menyediakan sebuah doodle khusus di laman utama Google Malaysia.

"Dilahirkan 88 tahun yang lalu, pencapaian seni P. Ramlee meninggalkan tanda kekal pada sejarah hiburan Malaysia," kata Google.

Sepanjang hidup, P. Ramlee telah menghasilkan sebanyak 401 buah lagu, dan 66 buah filem.

Sejumlah filem beliau masih dimainkan sehingga hari ini dan masih diminati ramai berbeza dengan beberapa filem masa kini yang jarang mempunyai nilai tontonan semula.

P. Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973, pada usia 44 akibat serangan jantung dan dikebumikan di Jalan Ampang Tanah Perkuburan Islam, di Kuala Lumpur. - Sarawakiana
Google Raikan Hari Jadi P. Ramlee Ke-88 Dengan Doodle Khas Google Raikan Hari Jadi P. Ramlee Ke-88 Dengan Doodle Khas Reviewed by Unknown on March 22, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.