Seo Services

Hormat Agama Kunci Perpaduan Rakyat Sarawak


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan sifat rakyat Sarawak yang tidak meletakkan agama sebagai batasan adalah kunci utama negeri terbesar di Malaysia ini kekal bersatu malah saling memahami dan menghormati setiap agama.

Menurutnya, asas perjuangan utama kerajaan negeri bukan kepada bangsa dan agama tetapi lebih kepada mengambil kira soal pembangunan politik.

"Pertama sekali, rakyat harus berterima kasih kepada pucuk kepimpinan Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana meletakkan perpaduan sebagai kunci nombor satu.

"Bangsa tidak menjadi batasan atau halangan buat kami. Asas perjuangan kita bukan kepada bangsa dan agama. Namun ia lebih kepada pembangunan negeri dan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Petrajaya berkata, kerajaan negeri akan sentiasa mengekang mana-mana pihak yang cuba untuk memecah-belahkan keharmonian kaum di Sarawak.

"Amalan kami yang sentiasa terbuka menyebabkan kami begitu akrab sejak dahulu dan kita juga akan cuba kekang apa sahaja yang boleh memecahkan hubungan kaum Sarawak," ujarnya

Menurutnya lagi, sifat keterbukaan rakyat Sarawak juga mungkin dipengaruhi oleh faktor latar belakang dan keturunan masyarakat di negeri itu.

"Dari dahulu, memang banyak berlaku perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat Sarawak.

"Kalau bercakap tentang orang Melanau sahaja, mereka sudah ada tiga agama, Melanau Islam, Melanau Liko dan Melanau Kristian. Mereka tinggal sebumbung. Jadi mereka akan beraya ketika Raya Puasa, mereka akan meraikan Krismas bila tiba hari Krismas dan mereka akan raikan hari pemujaan bagi kepercayaan Liko," jelasnya. - Sarawakiana
Hormat Agama Kunci Perpaduan Rakyat Sarawak Hormat Agama Kunci Perpaduan Rakyat Sarawak Reviewed by Unknown on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.