Seo Services

Serangan ISIS: Pelancong Diarah Tinggalkan Resort Laut Merah



ISRAEL memberi amaran kepada warganegaranya supaya meninggalkan kawasan resort di Laut Merah, Mesir dan membatalkan segala rancangan untuk ke kawasan itu berikutan kebimbangan terhadap serangan militan ISIS.

Biro anti keganasan negara itu berkata, ia merupakan ancaman semasa dan serius terhadap serangan keganasan yang menyasarkan rantau itu, termasuk pelancong Israel.

Kawasan di Laut Merah membabitkan beberapa destinasi pelancongan seperti Sharm el-Sheikh, Hurghada, Marsa Alam dan Luxor yang begitu popular di kalangan pelancong dari Britain.

Ketua biro anti keganasan Israel, Eitan Ben-David memberitahu akhbar The Telegraph: "Kita tidak mahu memberi amaran yang salah. Kita benar-benar percaya bahawa ancaman ini adalah serius."

Hampir dua tahun sejak insiden yang mengorbankan 38 orang, kebanyakannya adalah pelancong Britain, terbunuh dalam serangan ISIS di Sousses di Tunisia. - Mail Online

Serangan ISIS: Pelancong Diarah Tinggalkan Resort Laut Merah Serangan ISIS: Pelancong Diarah Tinggalkan Resort Laut Merah Reviewed by uMieySurianie on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.