gambar hiasan |
KUCHING: Polis berjaya menghidu cubaan seorang lelaki yang mendakwa isterinya mati membunuh diri gagal selepas pemeriksaan mendapati beberapa kesan lebam di muka mangsa akibat dipukul sehingga menyebabkan kematian.
Memetik laporan Utusan Borneo, mayat mangsa dikenali sebagai Stephanie Philip Remeo dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat yang dijangka akan diadakan hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Dato’ Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Hasil siasatan mendapati pasangan yang masing-masing berusia 36 dan 28 tahun terbabit difahamkan sering bertengkar oleh jiran-jiran mereka,
"Bagaimanapun polis Sri Aman dimaklumkan bahawa pergaduhan suami isteri hingga menyebabkan isterinya nekad membunuh diri,” lapor akhbar berkenaan.
Menurut sumber, pergaduhan antara mereka berlaku awal pagi semalam namun punca pergaduhan antara mereka masih belum dapat dikenalpasti setakat ini.
Lelaki berkenaan akan ditahan reman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.-Sarawakiana
Isteri Didakwa Bunuh Diri Namun Ada Kesan Lebam
Reviewed by Unknown
on
March 06, 2017
Rating:
No comments: