Seo Services

Kasut Paling Busuk, Slocombe Menang RM11,048


NEW YORK: Tujuh peserta muda dari Amerika Syarikat menyerahkan kasut busuk mereka untuk Pertandingan Sneaker Busuk Kebangsaan di sini pada Selasa.

Connor Slocombe, 12, akhirnya diumumkan juara pertandingan itu selepas gagal dalam cubaan tiga tahun berturut-turut sebelum ini.

Empat pengadil pertandingan itu yang diadakan di Ripley’s Believe It or Not! Times Square semuanya merasa jijik dengan bau busuk kasut Slocombe.

Pakar kimia di NASA, George Aldrich berkata, Slocombe berjaya menghasilkan pelbagai jenis bau yang cuba dikesannya dalam kasut itu.

“Satu jenis bau yang sangat busuk dan ada juga bau hancing yang menyebabkan mata berair.

“Bau kasutnya juga menyebabkan rasa macam nak muntah,” kata Aldrich.

Menurut peserta pertandingan itu, antara cara menghasilkan bau busuk termasuk tidak memakai stokin dan berjalan dalam lumpur.

Bagaimanapun, Slocombe berkata, dia akan memijak najis haiwan ketika menolong di ladang milik ibu saudaranya.

“Apabila kami pergi memancing, saya akan memijak isiperut ikan,” katanya dengan bangga.

Slocombe memenangi $2,500 (RM11,048) serta tiket persembahan Broadway dan akan dilantik ke ‘Odor Eaters Hall of Fumes.’

Pertandingan itu bermula pada 1974 sebagai promosi kasut sneaker baru oleh penjual barangan sukan dari Vermont.-Reuters
Kasut Paling Busuk, Slocombe Menang RM11,048 Kasut Paling Busuk, Slocombe Menang RM11,048 Reviewed by Unknown on March 30, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.