KUCHING: Jika 19 tahun lepas, Sarawak pernah berbangga kerana memiliki manusia terpantas di Malaysia iaitu Watson Nyambek sebelum rekod The Flying Dayak itu dipecahkan oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18 saat pada Julai lalu.
Namun sekarang Sarawak merangka pelan lebih ampuh dengan melabur RM400 juta untuk menaiktaraf dan membina kemudahan sukan di negeri ini dalam usaha melahirkan lebih ramai Watson dan menjadi kuasa sukan negara.
Menurut Menteri Muda Kemudahan Awam (Elektrik dan Telekomunikasi) Dr Abdul Rahman Junaidi, Sarawak sebenarnya tidak pernah gagal melahirkan atlet berkaliber dalam apa sahaja jenis sukan.
“Kita cukup berbangga dengan kehebatan The Flying Dayak, Watson Nyambek yang pernah mencipta rekod manusia terpantas Malaysia selama 19 tahun sebelum dipecahkan oleh Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18 saat pada Julai lalu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati atlet muda negeri agar menerapkan disiplin dan semangat juang tinggi untuk menyaingi kehebatan Watson suatu ketika dahulu.
Beliau turut melahirkan keyakinan kejohanan sukan peringkat negeri mampu melahirkan atlet berbakat yang boleh diketengahkan ke peringkat tertinggi.
“Kita telah melakukan sebelum ini. Malah pada tahun lalu, atlet-atlet kita dari kejohanan ini telah mencipta nama di peringkat kebangsaan," ujarnya.
Memetik laporan Sarawakvoice.com, Sarawak amat beruntung kerana memiliki Johny Ling Siew Hong, yang bukan sahaja pemegang rekod baharu Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) untuk acara baling tukul besi, malah muncul pemenang emas Kejohanan Sukan Sekolah Asean ke-8 di Chiangmai, Thailand.
Empat atlet lain yang turut memecah rekod kebangsaan ialah Mohd Norhazim Ahmad untuk acara 200 meter lari berpagar lelaki bawah 15 tahun, Lim How Seng (lempar cakera lelaki bawah 15 tahun), Grace Wong Xiu Mei (baling tukul besi wanita terbuka) dan Ngui Ing Biao (lempar cakera lelaki 18 tahun).
Kejohanan yang berlangsung dari 29 Mac hingga 3 April ini disertai oleh 12 pasukan, 1,022 atlet dan 501 pegawai.
Ia dianjurkan sebagai landasan memilih wakil Sarawak ke peringkat MSSM. Pada kejohanan MSSM ke-53 pada tahun lalu di Terengganu, kontijen Sarawak muncul naib johan dengan 13 emas 13 perak dan 15 gangsa.-Sarawakiana
Sarawak Perlu Ada Lebih Ramai Watson Nyambek
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: