Seo Services

Mangsa Banjir Long Panai Sedikit Lega


MIRI: Seramai 1,210 penduduk Long Panai yang terjejas banjir boleh menarik nafas lega apabila keadaan cuaca bertambah baik berbanding semalam.

Ketua Kaum (KK) Long Panai, Gilbert Ding berkata, walaupun ketinggian air masih pada paras 1.5 kaki namun keadaan pulih sedikit.

Malah menurutnya, jika keadaan cuaca baik, sudah pasti trend air pasang akan terus menurun.

"Keadaan pada hari ini baik. Tiada pusat pemindahan dibuka di kawasan ini dan semua penduduk yang terjejas tinggal di rumah sendiri," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan yang menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk terjejas.

Sementara itu, sebanyak 16 buah sekolah tidak beroperasi hari ini yang melibatkan 1,067 pelajar akibat banjir.-Sarawakiana

Mangsa Banjir Long Panai Sedikit Lega Mangsa Banjir Long Panai Sedikit Lega Reviewed by Unknown on March 02, 2017 Rating: 5

1 comment:

  1. Berita ni betul ke? Sebab tidak ada bantuan yang dinyatakan diterima oleh orang kampung Long Panai seperti yg dinyatakan. Tk

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.