Seo Services

Najib Lancar Pan Borneo Sipitang


SIPITANG: Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi tiba di Pekan Sindumin di sini, bagi merasmikan upacara pecah tanah projek menaiktaraf Jalan Sindumin-Kampung Melalia, Lebuhraya Pan Borneo Sipitang.

Ketibaan Perdana Menteri diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman disambut ribuan penduduk Sipitang yang bersempadan dengan Lawas di Sarawak, selain dari beberapa daerah berhampiran.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad.

Ini kali keempat Perdana Menteri melancarkan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah bagi fasa pertama secara berasingan selepas jajaran Papar, Tawau-Sandakan dan Jalan Pintas Lahad Datu.

Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang jajarannya bermula di Sindumin, apabila siap kelak akan membolehkan pelancong ke negeri ini melalui jalan darat dari Sarawak dan Brunei akan menikmati pemanduan lebih selesa, selamat dan cepat.

Projek menaiktaraf Jalan Sindumin-Kampung Melalia sepanjang 28.4 kilometer akan menaiktaraf jalan dua lorong sedia ada kepada lebuh raya empat lorong, membabitkan dua persimpangan bertingkat dan tiga jambatan.

Ia sebahagian fasa pertama projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sepanjang 706 kilometer dari Sindumin ke Tanjung Simpang Mengayau di pantai barat dan dari Ranau ke Sandakan, Lahad Datu dan Tawau di pantai timur.

Lebuh raya di daerah ini juga akan memudahkan akses ke kawasan koridor ekonomi berasaskan minyak dan gas yang mengunjur antara Sipitang dan Kimanis.

Petang ini, Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sabah sejak semalam, dijadual mengadakan tinjauan mesra di Tamu Putatan sebelum pulang ke Kuala Lumpur malam ini. - BH
Najib Lancar Pan Borneo Sipitang Najib Lancar Pan Borneo Sipitang Reviewed by Azmin on March 04, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.