Seo Services

‘Obama Bocorkan Maklumat Rumah Putih’



WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa kebocoran maklumat dari Rumah Putih berpunca daripada pemimpin terdahulu, Barack Obama.

Bercakap pada rancangan Fox & Friends, Trump berkata, dia percaya Obama bertanggungjawab atas beberapa kebocoran dalam pentadbirannya serta protes besar-besaran terhadap ahli politik Republikan di seluruh negara.

“Sukar mengatakan apa sebenarnya berlaku di sebalik tabir. Saya rasa Obama ada memainkan peranan kerana orangnya juga pasti turut memainkan peranan.

“Kemungkinan besar kumpulan itu yang bertanggungjawab atas kebocoran maklumat dan itu memang sesuatu yang serius kerana sangat buruk dari segi keselamatan dalam negeri.

“Tetapi saya faham ini politik. Apapun ia politik dan ia mungkin akan terus berlaku,” katanya.

Tuduhan itu amat pelik terutama memandangkan ia membabitkan bekas presiden. Trump juga tidak memberi sebarang bukti untuk menyokong dakwaannya.

Beberapa kumpulan yang dikaitkan dengan Parti Demokratik membantu menganjurkan protes terhadap Parti Republikan.

Ada yang mempunyai kaitan dengan kempen presiden Obama tetapi tiada langsung bayangan bahawa bekas pemimpin itu sendiri terbabit dalam aktiviti mereka.

Malah sejak menyerahkan kuasa kepada Trump, Obama dilihat lebih banyak berseronok termasuk bercuti di pulau milik ahli perniagaan Richard Branson.

Satu-satunya masa dia dilihat membuat kenyataan berhubung pentadbiran Trump adalah ketika menyatakan sokongan moral untuk golongan yang memprotes larangan perjalanan dikenakan pemimpin baru berkenaan. – Agensi
‘Obama Bocorkan Maklumat Rumah Putih’ ‘Obama Bocorkan Maklumat Rumah Putih’ Reviewed by Unknown on March 02, 2017 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.