PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan meletakkan pegawai penguatkuasa lengkap bersenjata di semua pintu masuk negara bermula minggu depan.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Subromaniam Tholasy, berkata penempatan pegawai itu dilakukan bagi membendung ketirisan hasil negara dengan lebih berkesan.
Jelas beliau, sebelum ini JKDM hanya meletakkan pegawai yang mengendalikan urusan import dan eksport di semua pintu masuk negara.
"Pegawai penguat kuasa pula hanya akan turun ke lokasi berkenaan sekiranya mendapat laporan daripada pegawai import dan eksport, yang memerlukan pembabitan mereka untuk menguruskan sesuatu perkara.
"Tetapi bermula minggu depan, pegawai berkenaan akan ditugaskan bersama-sama pada setiap masa di 150 kawasan pendaratan sah di semua pintu masuk di sempadan negara.
"Ia akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan pintu masuk utama sahaja," katanya dalam sidang media pertamanya selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah, di sini hari ini.
Subromaniam berkata, ketirisan paling tinggi yang berlaku adalah penyeludupan rokok dan minuman keras.
Atas sebab itu, tambah beliau, JKDM berusaha memperkasakan kawalan sempadan bersama agensi penguatkuasaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
"NBOS ini membabitkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen," katanya.-BH
Pegawai Kastam Bersenjata Di Pintu Masuk Negara
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: