KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan akan terus memantau perkembangan rakyat Malaysia yang menjadi 'tahanan' di Pyongyang sejak lebih sebulan lalu.
Perdana Menteri berkata, walaupun akan berada di India untuk lawatan rasmi selama lima hari mulai hari ini, beliau akan tetap memastikan setiap maklumat terkini mengenai rakyat negara di Korea Utara sampai kepadanya.
"Dalam dunia serba moden hari ini, kita tidak perlu berada secara fizikal di sini. Saya akan memberi arahan walaupun sedang berada di dalam pesawat.
"Mereka (pegawai) akan dapat hubungi saya 24 jam kerana saya sentiasa mudah dihubungi. Saya sudah memberi garis panduan yang sepatutnya dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini sembilan rakyat Malaysia di Pyongyang dan apakah cara untuk mengetahui nasib mereka.
Perdana Menteri akan berangkat ke India tengah hari ini. Terdahulu, beliau bertemu dengan keluarga dan tiga mangsa culik kumpulan Abu Sayyaf, Fandy Bakran, 27; Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang dibebaskan Ahad lalu.-BH
'Saya Akan Pastikan Keselamatan Rakyat Di Pyongyang' - Najib
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: