SIBU: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas disyaki digilis mesin ‘conveyor belt’ di sebuah kilang pasir di Jalan Salim-Stabau di sini malam kelmarin.
Mangsa yang dikenali sebagai Fahrur, 27, dikatakan bekerja berseorangan semasa kejadian sekitar jam 11.30 malam itu.
Insiden itu disedari rakan sekerja apabila mereka mendapati mangsa berada dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan satu laporan berhubung kejadian telah diterima oleh pihaknya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Keseluruhan badan mangsa kecuali kepala didapati sudah lembut, tetapi tidak hancur dipercayai disebabkan (digilis) getah tebal yang berputar,” jelasnya.
Polis ke lokasi kejadian menjalankan siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UB
Pekerja Maut Digilis Mesin Di Sibu
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: