Gara-gara sering memainkan lagu popular nyanyi Ed Sheeran yang berjudul Shape of You, seorang wanita dikenali Sonia Bryce dimasukkan ke penjara selepas jirannya membuat aduan mendakwa dia telah mengganggu ketenteraman awam.
Sonia yang juga merupakan ibu kepada tiga cahaya mata didakwa memutar lagu Shape of You dengan nada kuat dan berulang kali selama lebih setengah jam sehingga menyebabkan dia menganggu kententeraman jirannya, Clare Tidmarsh.
Clare yang mempunyai tiga orang anak berasa terganggu dan akhirnya dia nekad membuat laporan polis mengenai tindakan Sonia.
"Saya dulu suka dengan Ed Sheeran namun kini saya tidak memasukkan lagunya di dalam playlist saya. Lagunya membuatkan kami gila." ujar Clare seperti yang dilaporkan The Sun.
Sementara itu, Sonia dihadapkan ke muka pengadilan mengaku tidak menggemari penyanyi yang populer dengan single Thinking Out Loud tersebut.
"Saya langsung tidak suka dengan Ed Sheeran," ujar Sonia.
Namun pengakuan ini ditolak oleh hakim. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan karena membuat kecoh dan mengganggu kententeraman jiran tetangga. - MD
Wanita Dipenjara Akibat Banyak Kali Mainkan Lagu Shape of You
Reviewed by uMieySurianie
on
March 30, 2017
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
March 30, 2017
Rating:

No comments: