KUCHING: Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menggesa kerajaan memberi subsidi atau insentif kepada pengeluar dan pengimport dalam usaha mengurangan kesan kenaikan harga gula serta beras import.
Gesaan itu dibuat, Setiausaha Publisiti Pemuda SUPP, Milton Foo.
Beliau berkata, harga gula dan beras import meningkat berikutan kelemahan nilai Ringgit Malaysia.
"Oleh kerana mata wang yang lemah kos gula meningkat, begitu juga kos beras import.
"Kerajaan pada masa sekarang perlu mengambil berat dan memahami kesusahan rakyat dengan memastikan harga barang keperluan harian tidak meningkat.
"Mungkin kerajaan boleh memberi subsidi atau insentif (seperti potongan cukai) kepada pengeluar dan pengimport bagi mengurangkan kos," katanya menerusi kenyataan akhbar.
Milton menambah, kenaikan harga gula dan beras import boleh menyebabkan harga barangan lain turut naik.-Sarawakiana
Pemuda SUPP Mahu Kerajaan Sediakan Subsidi Gula & Beras
Reviewed by Unknown
on
March 03, 2017
Rating:
No comments: